KUALA NERANG: Kerajaan negeri tidak bercadang melakukan rombakan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) termasuk menggugurkan wakil BERSATU, susulan keputusan Kelantan tidak menyambung pelantikan seorang EXCO daripada parti itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata situasi politik dan pentadbiran di setiap negeri berbeza, justeru tindakan yang diambil Kelantan tidak semestinya perlu diikuti Kedah.

Katanya, barisan EXCO sedia ada akan dikekalkan kerana tiada sebarang masalah yang memerlukan perubahan dilakukan ketika ini.

"Tak sama. Suasana antara negeri tak sama. Saya berpandangan ikut negeri masing-masinglah, mungkin ada keperluan di sana (Kelantan), namun di sini (Kedah) tak ada keperluan untuk rombak barisan EXCO.