KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas kakitangan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta.
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai melakukan aktiviti itu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik bernilai kira-kira RM95 juta di seluruh Semenanjung Malaysia.
Difahamkan juga, dia disyaki melakukan perbuatan itu daripada seorang pengarah syarikat kontraktor.
Sumber berkata, suspek yang pernah berkhidmat di GLC Persekutuan itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar1_730616.png&w=480&output=webp&q=85&we)

