Kuala Lumpur: Kerajaan menafikan dakwaan pelaksanaan perintah tahanan di rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'hukuman dua darjat.'
Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, layanan sama boleh dinikmati mana-mana banduan berdasarkan pertimbangan lembaga pengampunan.
Ini kerana katanya, mana-mana banduan layak mengemukakan petisyen kepada lembaga pengampunan, selepas selesai menjalani keseluruhan proses pengadilan di negara ini.
"Ini hak semua orang, sama ada orang kaya, miskin, kecil atau besar. Ini undang-undang sebut begitu dan negara ini negara hukum," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.










