Kota Bharu: Pengalaman menaiki tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Terminal Bersepadu Gombak ke Kota Bharu menawarkan gambaran baharu mengenai potensi perkhidmatan rel itu sebagai penghubung utama Lembah Klang dengan Pantai Timur.
Menerusi program Familiarisation Trip (FAM Trip) Jelajah Landasan ECRL: Nadi Baharu Pantai Timur anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pengamal media berpeluang merasai sendiri pengalaman perjalanan menggunakan tren berkenaan, selain mendapatkan penerangan mengenai perkembangan projek serta kemudahan disediakan.
Perjalanan sehari yang bermula seawal jam 7 pagi itu turut memberi peluang kepada peserta meninjau fasiliti dalam tren, menikmati pemandangan sepanjang laluan serta merasai tahap keselesaan perjalanan yang ditawarkan.









