KOTA BHARU: Sebarang penganjuran program atau konsert mengandungi unsur pemujaan serta bercanggah dengan akidah Islam perlu dielakkan kerana boleh menjurus kepada amalan mensyirikkan Allah SWT.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata alasan sekadar berhibur bukan tiket menghalalkan penganjuran.

"Kalau kita sudah tahu satu-satu konsert ada seperti istilah pemujaan, pakaian dia macam tu, umat Islam perlu elakkan kerana satu daripada dosa besar ialah syirik pada Allah.

"Dosa syirik pada Allah kalau kita meninggal dunia tak sempat taubat, tak akan diampun, jangan main-mainlah maka konsert ke apa (program) pun mesti ada penapisan untuk melihat sejauh mana pelanggaran terhadap hukum-hukum Tuhan.