KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak menjalani rutin berpantang secara teratur selepas bersalin, pengacara, Fiza Frizzy mengakui terpaksa berdepan masalah kesihatan sehingga perlu menjalani pembedahan kecil, minggu lalu.
Fiza atau nama sebenar, Nur Hafizah Md Saad, 38, berkata keputusannya kembali bekerja seawal hari keempat selepas melahirkan anak dipercayai menjadi antara punca dia mengalami masalah diastasis recti (pemisahan otot perut) dan umbilical hernia (angin pasang) di bahagian pusat.
Lebih membimbangkan, masalah kesihatan yang mula dikesan sejak 2024 itu menyebabkan bahagian tengah perutnya membentuk ruang kosong sehingga kelihatan seperti wanita hamil empat atau lima bulan.
"Disebabkan tidak berpantang secara teratur, bahagian tengah perut saya jadi berlompong seolah-olah sedang hamil empat atau lima bulan sehingga usus boleh menembusi bahagian hadapan kulit.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)