Putrajaya: Keluarga kepada model warga Belanda, Ivana Smit, memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan lanjut terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman sivil mereka berhubung dakwaan kecuaian dalam siasatan polis berhubung kematiannya.
Peguam keluarga terbabit, Datuk Sankara Nair berkata, pihak keluarga tidak akan memohon kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah rayuan pada Oktober lalu, sekali gus menamatkan prosiding sivil berkenaan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan itu tidak seharusnya dianggap sebagai tanda bahawa keluarga mangsa berpuas hati dengan siasatan polis atau kebimbangan mereka sudah terjawab.
"Keputusan mereka wajar dihormati dan tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda berpuas hati terhadap siasatan itu atau penerimaan bahawa segala kebimbangan mereka dijawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F2523424234234_114134.png&w=480&output=webp&q=85&we)


