Brussels: Beberapa hospital di Belgium mengalami gangguan rangkaian pada Selasa, menyebabkan pembedahan yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan dan perkhidmatan perubatan terganggu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Punca gangguan itu masih belum dapat dipastikan sama ada disebabkan kegagalan teknikal atau serangan siber.

UZ Brussel merupakan hospital pertama yang melaporkan masalah melibatkan sistem teknologi maklumat (IT) dan telefon, menurut penyiar awam VRT.

Susulan kejadian itu, pembedahan dan prosedur perubatan yang dijadualkan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak manakala semua janji temu pesakit luar serta rawatan dibatalkan.