BEIJING – Seorang pembeli di China membeli sebuah pangsapuri dua bilik tidur pada harga cuma 11 yuan (RM6.80 ) semasa festival beli-belah tahunan tempatan, Double 11, lapor saluran berita NDTV semalam.

Tawaran luar biasa itu berlaku menerusi lelongan dalam talian Alibaba Auction, yang menarik perhatian lebih 1,600 pembida.

Pangsapuri seluas 68 meter persegi itu terletak di tingkat tujuh sebuah bangunan kediaman di wilayah Heilongjiang, timur laut China.

Lelongan bermula pada harga permulaan satu yuan (RM0.60) dan bidaan meningkat dalam gandaan 0.01 yuan (sekitar RM0.006) dengan had maksimum 11 yuan (RM6.80), lapor akhbar South China Morning Post.