PETALING JAYA – Di sebalik kecederaan serius dialami, seorang anggota polis, Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy tetap mengukir senyuman ketika dibawa ke bilik pembedahan bagi menjalani prosedur penyambungan semula tangannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah malam tadi.
Momen tersebut dikongsikan menerusi gambar yang dimuat naik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly di Facebook beliau sebentar tadi.
Lebih membanggakan, prosedur penyambungan semula tangan atau hand replantation itu berjaya dilakukan pasukan pakar HKL menerusi pembedahan selama lapan jam yang memerlukan ketelitian tinggi menggunakan mikroskop pembedahan.
Hantaran tersebut kemudian mendapat pujian ramai pihak di atas semangat luar biasa anggota berkenaan sebelum menjalani pembedahan kritikal.








