KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, hari ini menziarahi Lans Koperal Thierry Rodger Pendy, 26, yang putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak lelaki warga asing bersenjatakan parang di Kepong, semalam.

Lawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi meninjau keadaan anggota polis berkenaan yang masih menerima rawatan susulan kejadian di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri.

Menurut hantaran Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Saifuddin Nasution dan Mohd Khalid turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada Thierry serta keluarganya.

Anggota yang bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu cedera parah ketika menjalankan tugas.