KUALA LUMPUR - Bayaran pencen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihentikan susulan beliau dituduh, disabit kesalahan dan menjalani hukuman.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun dari segi kemudahan lain, Najib masih lagi boleh menikmatinya."Buat masa sekarang, saya boleh sahkan bahawa bayaran pencen itu dihentikan."Kemudahan lain, mengikut Perlembagaan Persekutuan, mengikut pekeliling Jemaah Menteri dan mengikut Akta Saraan Parlimen, masih lagi dapat," ujarnya dalam sidang Parlimen pada Khamis.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berhubung layanan dua darjat kepada prospek Jabatan Penjara dan kos tambahan pelaksanaan tahanan rumah.Sebelum ini, Najib diperintah menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO itu.Hakim, Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu dan mendapatkan perintah pelepasan baharu.Tambah Saifuddin Nasution, berhubung tahanan Najib di rumah terdapat tiga pegawai penjara ditempatkan di kediaman Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur." Jadi di rumah tiga orang satu syif. Kita juga ada polis mengawasi secara omnipresent dan secara statik." Yang itu, kita cuma atur tugas sahajalah. Kalau dulu dia bertugas di Kajang, sekarang dia bertugas di situ." Jadi, tak ada kos tambahan. Adapun kehidupan di rumah, saya tak boleh nak ulas dulu buat masa ini, baru dua, tiga hari," ujarnya.
'Pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih lagi boleh'- Saifuddin Nasution

Key takeaways
Bayaran pencen bekas Perdana Menteri Najib Razak telah dihentikan, namun beliau masih layak menikmati kemudahan lain berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Saraan Parlimen.
- Saifuddin Nasution menyatakan bahawa kemudahan lain masih boleh dinikmati oleh Najib.
- Najib kini menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta.
- Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan sebelumnya dan menggantikannya dengan perintah baharu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Najib masih di Penjara Kajang - Peguam
- Malaysiakini (BM) Rumah Najib diwartakan penjara, tapi kepulangan masih tertangguh
- Sinar Harian 'Pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih lagi boleh'- Saifuddin Nasution (this story)
- Free Malaysia Today Isu Najib mungkin bantu Umno di Melaka, belum tentu negeri lain









