KOTA MELAKA - Ketiadaan golongan muda dalam ceramah parti politik sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyukarkan usaha membaca kecenderungan politik mereka, sedangkan kelompok itu merangkumi kira-kira 44 peratus pengundi berusia 18 hingga 39 tahun.Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kehadiran golongan muda dalam program ceramah dilihat agak rendah dan kebanyakannya terdiri daripada petugas yang terlibat secara langsung dengan penganjuran program berkenaan.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kecenderungan sebenar pengundi muda sukar diramalkan, walaupun mereka mempunyai pengaruh besar dalam menentukan sama ada kerajaan negeri sedia ada mampu mengekalkan kuasa atau sebaliknya."Kalau lihat di ceramah-ceramah, susah nak cari orang muda. Tidak ada pengundi muda atau orang muda yang ada hanya yang bertugas di tempat tersebut."Jadi, sukar untuk meneka kecenderungan mereka. Pada masa sama, mereka juga menentukan peratusan yang cukup besar yang akan menentukan jatuh bangun kerajaan."44 peratus pengundi muda berusia 18 hingga 39 tahun ini sebenarnya jumlah yang besar, hampir separuh daripada populasi pengundi di negeri Melaka," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Grand Swiss-Belhotel Melaka, di sini pada Jumaat.Beliau berkata, suara anak muda tidak boleh diketepikan kerana berupaya mempengaruhi keputusan pilihan raya termasuk menentukan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri.Jelasnya, tanggapan bahawa sebahagian besar anak muda Melaka bekerja di Kuala Lumpur atau menjadi pengundi luar yang pulang mengundi juga tidak boleh diterima secara menyeluruh.Ini kerana, katanya, Melaka mempunyai asas perindustrian yang kukuh dengan kewujudan beberapa kawasan industri dan kilang besar yang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan."Jangan kita letakkan apabila kita fikir tentang anak muda ini majoritinya tinggal di Kuala Lumpur ataupun berperanan sebagai pengundi luar tetapi di peringkat kampung dan kawasan separa bandar, anak muda masih kekal tinggal serta bekerja di Melaka."Saya ada dengar pandangan sesetengah pihak yang menyatakan ada pengundi muda keluar mencari pekerjaan di Kuala Lumpur tetapi perkara itu tidak dapat dibuktikan secara sahih sebagai mewakili majoriti," katanya.Justeru, beliau berpandangan situasi pengundi luar di Melaka tidak semestinya sama seperti di Negeri Sembilan yang menyaksikan kelompok berkenaan memainkan peranan penting dalam menentukan kecenderungan perubahan politik.Katanya, perbezaan konteks kehidupan dan kos sara hidup antara kedua-dua negeri turut mempengaruhi keutamaan pengundi muda."Di Melaka, anak muda khususnya pengundi, hidup dalam konteks kos sara hidup yang rendah dan mereka tidak terlalu memperihalkan tentang gaya hidup."Apabila kita pergi ke kedai-kedai dan restoran, harga makanan masih lagi murah, harga minuman masih lagi murah dan sebagainya," katanya.Justeru, beliau berpandangan parti politik yang mampu memahami serta memenuhi selera dan keperl
Tak ikut ceramah, sukar 'baca' pengundi muda Melaka

Key takeaways
Ketidakhadiran golongan muda dalam ceramah PRN Melaka menyulitkan pemerhatian kecenderungan politik mereka yang merangkumi 44 peratus pengundi.
- Golongan muda berusia 18 hingga 39 tahun menyumbang 44 peratus pengundi di Melaka.
- Kehadiran mereka dalam ceramah politik rendah, hanya terdiri daripada petugas program.
- Anak muda mempunyai pengaruh besar dalam menentukan keputusan pilihan raya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Kena 'tawan' pengundi muda kalau mahu menang
- Free Malaysia Today Calon muda PH cerminkan perubahan pengundi, kata Chiew
- Utusan Malaysia 40 pengundi PRN Sarawak terdiri generasi muda
- Free Malaysia Today PH pergiat usaha raih sokongan pengundi muda
- Sinar Harian Tak ikut ceramah, sukar 'baca' pengundi muda Melaka (this story)






