KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk membuat keputusan tergesa-gesa berhubung peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menerima surat peletakan jawatan dalam Kabinet daripada Setiausaha Agung DAP itu, namun memerlukan masa untuk menelitinya."Saya sudah menerima surat dan beliau (Anthony) kata berkuat kuasa serta-merta. Tentunya saya akan ambil masa untuk meneliti dan tidak ada keperluan untuk kita tergesa-gesa."Beri tempoh untuk saya bincang dan meneliti semula. Saya belum menerima peletakan jawatan (Anthony)," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini pada Jumaat.Selasa lalu, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.Menerusi satu kenyataan beliau menjelaskan, keputusan itu diambil selepas Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya untuk menjalani perintah tahanan rumah, selaras pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan isu tahanan bekas Perdana Menteri itu.Sementara itu Anwar memaklumkan, Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah meskipun suhu politik negara dilihat sedang panas ketika ini.Beliau turut menyifatkan suhu politik yang 'turun naik' adalah perkara biasa terutama ketika musim pilihan raya, namun tidak menjadi sebab untuk Jemaah Menteri mengetepikan isu negara dan rakyat."Bila ada pilihan raya, suhunya naik sekejap, kemudian turun balik tapi dalam mesyuarat tadi biasa sahaja, saya tidak kesan apa-apa masalah selain ketidakhadiran Menteri Pengangkutan (Anthony) yang sudah meletak jawatan."Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kedua-dua TPM (Timbalan Perdana Menteri) hadir, menteri-menteri (lain) hadir dan perbincangan kita fokus mengenai pembangunan dan kemudahan rakyat," ujarnya.
Tiada keperluan tergesa-gesa putuskan peletakan jawatan Anthony Loke - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada keperluan untuk tergesa-gesa dalam menentukan peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.
- Anwar menerima surat peletakan jawatan Anthony Loke tetapi perlu masa untuk menelitinya.
- Anthony Loke meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta selepas Najib tiba di kediamannya.
- Mesyuarat Jemaah Menteri berjalan seperti biasa walaupun suhu politik negara panas.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Trump tidak tergesa-gesa serang semula Iran
- Malaysiakini (BM) Tiada lagi beban, Zahid hentam MCA, gesa pengundi tolak BN
- Sinar Harian Tiada keperluan tergesa-gesa putuskan peletakan jawatan Anthony Loke - Anwar (this story)









