SHAH ALAM – Ilham Centre meramalkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.Ilham Centre merumuskan gelombang biru BN-PN semakin mendominasi persaingan PRN Melaka dengan kelebihan ketara berbanding PH."Unjuran Ilham Centre meletakkan BN–PN di hadapan dalam 24 kerusi DUN, manakala PH berada pada kedudukan selesa di dua kerusi tradisinya iaitu Kota Laksamana dan Bandar Hilir."Dua lagi kerusi yang sebelum ini disandang oleh PH iaitu Ayer Keroh dan Kesidang dikategorikan sebagai sengit," katanya menerusi kajian lapangan Ilham Centre pada Jumaat.Firma penyelidikan itu memberitahu, tiga faktor utama yang mengukuhkan kedudukan gabungan itu ialah konsolidasi undi Melayu, moral jentera yang tinggi serta penerimaan terhadap pentadbiran kerajaan negeri."Dapatan lapangan menunjukkan perpindahan undi antara penyokong BN dan PN berlaku dengan sangat baik, sekali gus memperkukuh konsolidasi undi Melayu."Dapatan kami menunjukkan perpindahan undi pengundi PN kepada BN sebanyak 91 peratus manakala pengundi BN kepada PN sebanyak 78 peratus," kongsinya.Ilham Centre berpandangan, keadaan itu menjadikan 23 kerusi DUN dengan komposisi pengundi Melayu sekurang-kurangnya 50 peratus sebagai jajaran yang semakin sukar ditembusi oleh PH.Menurut firma penyelidikan, kekuatan gabungan itu turut disokong penguasaan jentera UMNO dan Pas yang mempunyai jaringan akar umbi tersusun sehingga ke peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).Tambahnya, penggemblengan dua jentera tradisi berpengalaman itu memberikan kelebihan besar kepada BN-PN berbanding parti yang tidak memiliki struktur organisasi dan jaringan pengundi setempat setanding."Secara keseluruhannya, kerjasama BN–PN bukan sekadar persefahaman politik antara kepimpinan parti, sebaliknya telah diterjemahkan kepada penyatuan kekuatan organisasi dan keyakinan pengundi di lapangan," menurut Ilham Centre.Firma penyelidikan itu melihat perkembangan berlaku menjadikan gelombang biru semakin kukuh dan meletakkan PH dalam kedudukan defensif di kerusi-kerusi majoriti Melayu.
BN-PN diramal kuasai 24 kerusi DUN PRN Melaka - Ilham Centre

Key takeaways
Ilham Centre meramalkan BN-PN mungkin menguasai 24 kerusi DUN di Melaka pada PRN 2026.
- BN-PN dijangka menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka.
- PH hanya berada dalam dua kerusi tradisinya iaitu Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
- Konsolidasi undi Melayu dan moral jentera memperkuat kedudukan BN-PN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian BN bukan sekadar mahu kekal, sasar kuasai banyak kerusi
- Harian Metro PRN Melaka: BN-PN yakin rampas semula DUN Kesidang
- Free Malaysia Today PRN Melaka: BN-PN dominasi 24 kerusi, menurut kajian
- Sinar Harian BN-PN diramal kuasai 24 kerusi DUN PRN Melaka - Ilham Centre (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak1_213797.png&w=480&output=webp&q=85&we)