Putrajaya: Kerajaan masih menunggu laporan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) berhubung kesan gangguan perkhidmatan Microsoft yang berlaku secara global, awal pagi semalam.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata setakat ini beliau belum menerima laporan mengenai kementerian atau jabatan kerajaan yang terjejas akibat insiden berkenaan.
"Setakat ini laporan belum dikumpulkan, belum dibentang, tidak dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan setakat pagi tadi saya menunggu pihak NACSA memberi pemakluman laporan mengenai insiden terbabit.
"Difahamkan ia bersifat global, bukan sekadar di satu negara ataupun satu kawasan, tetapi ini ada kesan yang besar," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F2523424234234_114134.png&w=480&output=webp&q=85&we)


