KUALA LUMPUR - Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia disahkan berpunca daripada masalah teknikal dan bukan serangan siber, menurut Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada Jumaat.NACSA menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, gangguan itu melibatkan aplikasi utama iaitu Outlook, Teams, SharePoint, Microsoft 365 Copilot dan Defender XDR."Berdasarkan maklumat semasa, gangguan ini lebih cenderung berpunca daripada isu teknikal atau infrastruktur dan bukan serangan siber," menurut hantaran itu.Sehubungan dengan itu, Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) di bawah NACSA menyarankan semua agensi kerajaan dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) supaya menyemak status perkhidmatan masing-masing yang terjejas."Semua pihak berkaitan diminta memastikan pemantauan keselamatan siber tidak terganggu dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada Microsoft," menurut hantaran itu.NACSA juga meminta supaya sebarang gangguan terhadap operasi organisasi dilaporkan segera melalui saluran pelaporan sedia ada.- Bernama
Gangguan Microsoft 365 bukan serangan siber - NACSA

Key takeaways
NACSA mengesahkan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang menjejaskan pengguna di Malaysia dan dunia berpunca daripada masalah teknikal, bukan serangan siber.
- Gangguan tersebut melibatkan aplikasi utama seperti Outlook, Teams, SharePoint, Copilot dan Defender XDR.
- NC4 menyarankan agensi kerajaan dan entiti NCII menyemak status perkhidmatan masing-masing.
- Pihak berkaitan diminta memastikan pemantauan keselamatan siber tidak terganggu dan mengikuti perkembangan Microsoft.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Gangguan Microsoft 365 bukan serangan siber - NACSA (this story)





