KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menerima 16 laporan polis berkaitan ancaman keselamatan siber antara 10 hingga 31 Oktober lalu, membabitkan anggaran kerugian keseluruhan RM79.16 juta.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata dua kes membabitkan kehilangan wang daripada akaun bank dengan kerugian masing-masing RM14.52 juta dan RM21.8 juta.
"Daripada keseluruhan 16 laporan itu, 11 kes membabitkan kompromi perkakasan dan kehilangan aset kripto, dengan jumlah kerugian RM42.82 juta.
"Semua laporan berkenaan masih dalam siasatan polis," katanya dalam sidang media JSJK di sini.








