Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menerima 16 laporan polis berkaitan ancaman keselamatan siber sejak 10 hingga 31 Oktober lalu membabitkan anggaran kerugian keseluruhan RM79.16 juta.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, daripada jumlah itu, dua kes dilaporkan membabitkan wang daripada akaun bank dengan kerugian masing-masing sebanyaka RM14.52 juta dan RM21.8 juta.

"Daripada keseluruhan 16 laporan itu, 11 kes membabitkan kompromi perkakasan dan kehilangan aset kripto, dengan jumlah kerugian RM42.82 juta.

"Kesemua laporan berkenaan masih dalam siasatan polis," katanya dalam sidang media JSJK, di sini, semalam.