PETALING JAYA – Aksi seekor kucing putih yang melakukan aksi luar biasa dengan badan terbalik ketika hendak bergaduh dengan kucing lain mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @hayzelernie, kucing berwarna putih itu dilihat mengangkat kedua-dua kaki belakang sebelum meletakkan kepalanya hingga menyentuh lantai.

Aksi tersebut dilakukan ketika seekor kucing berwarna kelabu sedang duduk tidak jauh daripadanya dan menjadi penonton kepada persembahan spontan berkenaan.

Gelagat bersahaja haiwan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur melihat aksi luar biasa berkenaan, malah ada yang berseloroh kucing putih tersebut seakan-akan sedang menunjukkan kemahiran seni mempertahankan diri.