PETALING JAYA – Gelagat kucing oren yang didakwa menyusu pada seekor anjing mencuri perhatian pengguna media sosial apabila haiwan itu dilihat selamba ‘menumpang kasih’ dengan anjing berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads @misssykra, kucing oren terbabit dilihat sedang menyusu pada seekor anjing yang berbaring di atas lantai dan menganggap anjing berkenaan sebagai ibunya.

Lebih mencuit hati, seekor anak anjing berwarna putih turut menghampiri mereka sebelum menarik ekor kucing tersebut menambahkan lagi gelagat lucu antara kedua-dua haiwan berkenaan.

Telatah si oyen itu mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen yang rata-rata terhibur dengan perangainya yang disifatkan tidak mengenal tempat.