Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia disifatkan kekal utuh dan baik meskipun negara itu berdepan situasi politik semasa susulan peletakan jawatan Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka.
Key takeaways
Hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia dikatakan tetap utuh dan baik walaupun selepas peletakan jawatan Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, dengan beberapa lawatan rasmi pemimpin Malaysia menegaskan kestabilan hubungan.
- Malaysia percaya hubungan baik akan terpelihara walaupun dinamika politik di Indonesia.
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, telah melawat Indonesia dan berjumpa Presiden Indonesia.
- Gibran menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Majlis Permusyawaratan Rakyat dan Presiden Indonesia.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PUTRAJAYA – Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia disifatkan kekal utuh dan baik meskipun negara itu berdepan situasi politik semasa susulan peletakan jawatan Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Malaysia percaya hubungan baik antara kedua-dua negara akan terus terpelihara tanpa mengira dinamika politik yang berlaku di Indonesia.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, hubungan erat itu turut dicerminkan menerusi beberapa kunjungan rasmi pemimpin Malaysia ke negara berkenaan, termasuk lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
“Insya-Allah hubungan antara kedua-dua negara akan kekal utuh dan kekal baik dan saya baru pulang dari Jakarta beberapa minggu yang lalu.