Kuala Lumpur: Pengguna media sosial berterima kasih kepada doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kerana berjaya menyambung semula tangan anggota polis yang putus ditetak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kepong, malam kelmarin.
Pengguna Threads, @maneh.bitess mengucapkan tahniah kepada pihak doktor atas usaha mereka menyelamatkan dan merawat anggota polis berkenaan.
"Tahniah petugas medic & doctors. Alhamdulillah, tumpang gembira. Didoakan tgn (tangan) angota polis tersebut b'fungsi (berfungsi) semula seperti sedia-kala. Syukur, tumpang lega sbg (sebagai) org (orang) awam," katanya dalam satu hantaran.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads, @esdimillennium turut menzahirkan rasa bangga terhadap pihak doktor atas usaha dan kejayaan mereka menyelamatkan tangan yang terputus itu.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
