JAKARTA: Indonesia berdepan tekanan baharu untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi susulan peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, dengan kredibiliti penggantinya dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk sentimen pasaran.
Penganalisis Ekonomi dan Perniagaan, Dr Muhammad Ramaditya, berkata pasaran kewangan Indonesia memberi reaksi berbeza terhadap peletakan jawatan Gibran, dengan rupiah menyusut berikutan ketidaktentuan politik, manakala pasaran ekuiti domestik meningkat apabila pelabur menyambut baik peralihan politik yang lebih lancar.
"Dari segi mata wang, ketidaktentuan politik mencetuskan gelombang mengelak risiko serta-merta, menyebabkan nilai rupiah merosot ke paras terendah iaitu 18,247 rupiah bagi setiap dolar AS.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

