Kuala Lumpur: Ketua Pasukan Aerobatik Kebangsaan Krisakti Mejar (B) Datuk Halim Othman menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) selepas persembahan aerobatik 'Melukis Senja' yang dilakukannya sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 yang lalu.

Dua pengiktirafan MBOR itu diterima menerusi First To Perform Aerial Skywriting (2026) dan First Flying Pyrotechnic Aerial Performance (2026).

Halim yang merupakan Pengerusi merangkap Presiden Aerotree Group berkata, beliau berasa bersyukur dan terharu dengan pengiktirafan yang diberikan MBOR selepas persembahan 'Melukis Senja' dilakukannya sebelum ini.

"Pencapaian ini hadir menerusi persembahan 'Melukis Senja Merdeka 2026', satu acara yang cukup bermakna dalam meraikan semangat kemerdekaan dan kebanggaan terhadap negara.