Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan pembedahan Hospital Kuala Lumpur (HKL) atas kejayaan melaksanakan prosedur pembedahan kecemasan menyambung semula pergelangan tangan seorang anggota polis yang putus ditetak lelaki warga asing, kelmarin.
Perdana Menteri menyifatkan kejayaan pembedahan itu sebagai sesuatu yang membanggakan kerana prosedur berkenaan rumit dan memerlukan kepakaran luar biasa.
"Kepada seluruh anggota HKL, saya ucap tahniah kerana dapat menyambung kembali (pergelangan tangan) dalam satu pembedahan yang agak kompleks dan memerlukan kepakaran luar biasa.
"Doakan mudah-mudahan pekerjaan itu dan hasilnya baik, insya-Allah," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini, hari ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
