KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie tampil memohon maaf susulan tindakannya memberi respons spontan didakwa mentertawakan komen netizen mengenai bekas pekerja yang meninggal dunia dalam tempoh menanti pembayaran gaji daripada majikan iaitu suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar beberapa tahun lalu.
Mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, Dr. Fie, 36, berkata, dia juga mempunyai kekurangan sebagai manusia dan terlepas pandang hal-hal sensitif.
“Maaf sekiranya saya terlepas pandang dengan tingkah laku saya. Saya bukan manusia sempurna dan ada kekurangan, kesilapan serta sisi kehidupan yang mungkin orang tak pernah tahu.
“Di sebalik nama yang sedang dibicarakan, ada manusia yang mempunyai hati, keluarga dan maruah untuk dijaga.








