Putrajaya: Proses bagi menyahklasifikasikan dokumen Lembaga Pengampunan berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang diatur dengan mengambil kira beberapa aspek perundangan yang perlu dipatuhi.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu bagaimanapun tidak dibangkitkan secara langsung dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tidak dibangkitkan secara langsung tetapi memang proses itu saya difahamkan sedang diatur mengambil kira beberapa aspek perundangan yang perlu dipatuhi.
"Memang hasrat itu ada dan akan melalui proses yang wajib," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
