KUALA LUMPUR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersedia mengemukakan syor Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) untuk menyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, tindakan berkenaan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perspektif menyeluruh berhubung prosedur pengampunan bersyarat diberikan kepada Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau antara lain menyifatkan syor bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebagai baik, selain muncul sebagai tanggungjawab moral kerajaan untuk memperjelaskan isu berbangkit dalam pelaksanaan perintah berkenaan.
"Ini idea yang baik dan saya boleh bawa cadangan Muar (Syed Saddiq) supaya minit Lembaga Pengampunan dinyahklasifikasikan untuk memberi perspektif lebih tepat mengenai pelaksanaannya.








