Hulu Selangor: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa tragedi kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak di sini, memasuki hari keempat, hari ini dengan tumpuan pencarian di sektor B dan C.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pasukan SAR yang keseluruhannya berjumlah 84 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi memperincikan pencarian di kawasan tumpuan sektor B.
Beliau berkata, pencarian di sektor berkenaan membabitkan anggota Unit STORM JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) SEIRA dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MGP).
"Di sektor C pula, operasi pencarian dilaksanakan menggunakan dua anjing Unit K9 JBPM serta pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM.









