Key takeaways
Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan merekodkan 664 kes penderaan kanak-kanak dalam sembilan bulan pertama tahun ini, dengan Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 257 kes. Penderaan fizikal merupakan bentuk paling kerap berlaku, manakala masalah kewangan dan perceraian dikenal pasti sebagai punca utama.
- Kota Bharu mencatat 257 kes, diikuti Pasir Mas 62 kes dan Gua Musang 59 kes.
- Penderaan fizikal paling tinggi dengan 217 kes, diikuti penderaan seksual 181 kes.
- Pelaku termasuk ibu bapa, saudara terdekat dan individu dikenali melalui media sosial.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kota Bharu: Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan merekodkan 664 kes pelbagai bentuk penderaan kanak-kanak dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Pengarah Kebajikan Negeri, Che Samsuzuki Che Noh, berkata Kota Bharu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 257 kes, diikuti Pasir Mas dengan 62 kes dan Gua Musang sebanyak 59 kes.
Beliau berkata, jabatan itu merekodkan 667 kes penderaan kanak-kanak sepanjang tahun lalu, dengan Kota Bharu sekali lagi mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 221 kes.
"Tumpat merekodkan 77 kes, manakala Gua Musang sebanyak 62 kes, katanya.