Kuala Lumpur: Firma penyelidikan bebas, ILHAM Centre mengunjurkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mendahului persaingan di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.

​Dalam siaran media hasil kajian lapangan yang dikeluarkan firma itu hari ini, mendapati 'gelombang biru' hasil kesepakatan strategik kedua blok politik Melayu berkenaan sedang mendominasi landskap pilihan raya negeri terbabit.

​Berdasarkan unjuran ILHAM Centre, PH dilihat berada dalam kedudukan selesa di dua kerusi tradisinya iaitu Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Sementara itu, dua lagi kerusi yang sebelum ini disandang oleh PH, iaitu Ayer Keroh dan Kesidang dikategorikan berada dalam persaingan sengit.