KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melaksanakan penutupan sementara lorong kecemasan antara Bidor dan Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan sehingga 15 Januari 2027.

​PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf penghadang jambatan di KM329.55 (Arah Utara).

Penutupan lorong kecemasan itu bermula di Kilometer (KM) 329.9 hingga KM329.35 membabitkan laluan arah utara.

Bagaimanapun, kedua-dua lorong utama, iaitu lorong kanan dan kiri di laluan berkenaan kekal dibuka serta beroperasi seperti biasa bagi memastikan kelancaran aliran trafik.