PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kekerapan penyelenggaraan berkala sistem saliran, khususnya di kawasan berisiko banjir dan banjir kilat di Kuala Lumpur serta Selangor.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta beberapa pihak berkaitan bagi meneliti usaha menangani masalah banjir di kedua-dua negeri berkenaan.
"Mesyuarat dimaklumkan, penyelenggaraan saliran diadakan enam kali setahun di Kuala Lumpur.
"Jadi di pihak Selangor ada permintaan penyelarasan termasuk apa bentuk bantuan yang boleh disediakan untuk tingkatkan jumlah penyelenggaraan. Ia terutama bagi kawasan-kawasan yang dianggap 'hotspot' banjir dan banjir kilat terutamanya," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

