KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara menegaskan, tiada individu termasuk mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang.
Menerusi kenyataan bersama, tujuh Sasterawan Negara berpandangan kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan secara adil, saksama dan tanpa pengecualian bagi memastikan keadilan tidak menjadi hak istimewa golongan tertentu.
Mereka turut mengingatkan tidak seharusnya wujud dua ukuran dalam pelaksanaan undang-undang, iaitu satu untuk golongan berkuasa dan berpengaruh, manakala satu lagi untuk rakyat biasa.
"Tiada sesiapa yang boleh menganggap dirinya terlalu berkuasa untuk dipertanggungjawabkan, dan tiada sesiapa yang terlalu lemah sehingga dinafikan hak untuk mendapatkan keadilan," katanya dalam kenyataan, hari ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)