Kota Bharu: Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor yang digugurkan daripada jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa Isnin lalu, akur dengan keputusan itu dan menerimanya dengan hati terbuka.

Kamaruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas turut menegaskan, walaupun digugurkan daripada EXCO yang memegang portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, hubungannya dengan kerajaan negeri, tetap baik.

"Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat dalam tempoh tiga tahun ini.

"Sepanjang tempoh berkenaan, saya menghargai nasihat dan bimbingan Menteri Besar dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.