London: Michael Carrick kini berdepan tekanan hebat, manakala sebahagian besar pemain Manchester United turut dibayangi ketidaktentuan mengenai masa depan mereka di Old Trafford.

Penyokong United meluahkan rasa tidak puas hati ketika pasukan itu terikat 4-4 dengan Aston Villa, Ahad lalu selepas pelawat mendahului 2-0 dalam tempoh lima minit pertama perlawanan.

Laungan 'anda tidak layak menyarung jersi ini' ditujukan kepada pemain ketika prestasi pasukan dan urusan perpindahan kelab terus menjadi persoalan.

Namun, meskipun beberapa pengurus silih berganti, masalah dalam skuad masih belum menemui penyelesaian.