KUALA LUMPUR: Usaha peralihan kepada penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) memerlukan kerjasama semua pihak dalam ekosistem penerbangan dan tidak boleh ditanggung syarikat penerbangan semata-mata.

Ketua Pengarah Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA), Wong Hong, berkata walaupun industri penerbangan mengiktiraf kepentingan nyah karbon, peralihan itu masih berdepan cabaran besar dari segi kos dan ketidakseimbangan pelaksanaan.

"Hakikatnya, peralihan ini kekal sukar, mahal dan tidak sekata. SAF adalah teras kepada aspirasi industri kita, tetapi kapasiti pengeluaran, ketersediaan dan penetapan harga kekal menjadi penghalang utama.

"Kita semua mahu terbang dengan 'lebih mesra alam'. Namun dengan paras harga SAF ketika ini, cabarannya adalah memastikan usaha menggunakan bahan api lebih hijau yang juga tidak menyebabkan prestasi kewangan kita menjadi semakin merosot.