Kuala Lumpur: Tealive memperkenalkan Sparkling Prebiotic Tea Soda, rangkaian minuman teh prebiotik berkarbonat pertama di Malaysia dalam format sedia diminum (RTD), sekali gus menawarkan pilihan baharu kepada pengguna yang menggemari minuman berasaskan teh.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, pengenalan produk itu membolehkan Tealive meneroka cara baharu menikmati teh menerusi gabungan rasa buah-buahan dan karbonasi.
"Teh sentiasa menjadi sebahagian daripada identiti Tealive, namun cara pengguna menikmatinya terus berkembang.
"Tealive Sparkling membolehkan kami memperkenalkan cara baharu menikmati teh yang digemari ramai dengan tambahan kesegaran dan karbonasi," katanya.








