Kuala Lumpur : Pelakon Arfie Shah menafikan melakukan adegan cium ketika menjayakan filem Kacau, sebaliknya menjelaskan babak berkenaan menggunakan teknik sudut kamera atau 'camera trick'.

Arfie atau nama sebenar, Ad Wafri Shaharuddin, 33, berkata, dia mempunyai batasan tertentu dalam lakonan, justeru babak mesra bersama pelakon Nurel Baharin dalam filem itu dihasilkan menerusi manipulasi sudut kamera.

"Memang ada batasan yang saya tidak boleh langgar. Jadi, babak cium di hospital itu sebenarnya menggunakan teknik kamera.

"Mungkin orang kata jawapan saya klise, tetapi memang betul. Sebab itu, kalau dengar bunyi cium, ia ditambah kemudian," katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Kacau di TGV KLCC di sini, baru-baru ini.