PAYA RUMPUT: PAS senada dengan pendirian UMNO yang menolak gerakan 'tebuk atap' untuk menjatuhkan kerajaan, sebaliknya memilih pendekatan demokrasi dan rundingan dalam menentukan kepimpinan negara.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata sebarang usaha mengubah kerajaan menerusi proses demokrasi, termasuk melalui kesepakatan Ahli Parlimen, tidak boleh disifatkan sebagai tindakan 'tebuk atap'.

Beliau berkata, PAS mengutamakan pendekatan aman dalam menentukan kepimpinan kerana Islam mendahulukan kedamaian, termasuk melalui rundingan.

"Tidak ada tebuk atap, kita memilih proses demokrasi kerana Islam mendahulukan kedamaian. Kedamaian didahulukan... berunding adalah kedamaian.