Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Pentas Grand Finale BN dan PN sempena PRN Melaka di Bukit Katil malam tadi.MELAKA TENGAH: Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mengulangi janji Barisan Nasional (BN) tidak akan 'menebuk atap' untuk menjatuhkan kerajaan atau Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana lebih baik mandat dikembalikan kepada rakyat menerusi pembubaran Parlimen jika garis merah dan syarat pembentukan kerajaan perpaduan tidak lagi dihormati.

Beliau berkata, pendirian itu selari ketegasan Presidennya, Zahid Hamidi, yang berulang kali menegaskan BN tidak mahu melakukan gerakan 'tebuk atap' atau menukar perdana menteri.

Katanya, kepimpinan DAP perlu kembali menghayati dua perjanjian penting, iaitu perjanjian BN dan Pakatan Harapan (PH) serta pembentukan kerajaan perpaduan yang diwujudkan atas titah Yang di-Pertuan Agong.