Najib Razak mula menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan rumah Selasa lalu.MELAKA: Keputusan membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah mengundang reaksi berbeza dalam kalangan pengundi Melaka, namun isu itu tidak semestinya menjadi penentu pilihan mereka pada PRN esok.
Sebaliknya, sebahagian pengundi lebih mahu melihat parti politik menawarkan penyelesaian terhadap masalah rakyat, termasuk gangguan bekalan air dan kesesakan lalu lintas.
Tinjauan FMT mendapati, ada yang menyokong keputusan itu kerana mengenang jasa Najib ketika menerajui negara, manakala yang lain berpendapat beliau sepatutnya kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.








