Bekas naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, mempertikaikan hujah mengatakan peletakan jawatan Loke Siew Fook adalah kerana prinsip parti.HANG TUAH JAYA: Sebarang alasan untuk menarik balik peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebagai menteri akan menunjukkan ia sekadar sandiwara, kata Ismail Sabri Yaakob.

Bekas naib presiden Umno itu mengingatkan bahawa bukan sekali pemimpin DAP itu bercakap tentang peletakan jawatan beliau.

"Bukan Umno yang paksa. Dia nak tarik diri daripada kerajaan. Dua kali pengumuman dia buat. Jadi sebagai orang bermaruah, sepatutnya dia teruskanlah apa tindakan dia," katanya ketika ditemui pemberita semasa berkempen untuk calon Barisan Nasional di DUN Ayer Molek.