Sepanjang 1,231.01km paip usang selesai digantikan sehingga Ogos lepas, kata Menteri Besar Amirudin Shari.SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM559 juta pada 2027 untuk menggantikan paip usang dalam usaha menjamin bekalan air yang lebih stabil kepada pengguna.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata terdapat lebih 6,000km paip usang yang perlu diganti, dan kerajaan negeri meningkatkan peruntukan tahunan bagi mempercepatkan usaha itu bermula 2024.
"Program penggantian paip telah mula dilaksanakan sejak 2016 dengan sasaran tahunan sepanjang 150km. Namun, bagi mempercepatkan pelaksanaan program itu bermula 2024 kerajaan negeri dan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meningkatkan kadar penggantian paip usang kepada 300km setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027.








