LONDON: Kumpulan hak asasi yang berpangkalan di United Kingdom (UK) memberi amaran bahawa lebih setengah juta kanak-kanak di Semenanjung Gaza tidak mempunyai tempat perlindungan yang selamat akibat sekatan Israel, ketika ribut musim sejuk pertama di wilayah itu menyebabkan puluhan ribu khemah ditenggelami banjir dalam tempoh sehari, lapor Anadolu Ajansi.
Lebih setengah juta kanak-kanak di Gaza kini berdepan musim sejuk keempat mereka dengan berlindung di dalam khemah yang koyak atau tempat perlindungan sementara, malah ramai terpaksa membakar sampah untuk memanaskan badan, susulan sekatan Israel yang terus menghalang kemasukan bahan diperlukan bagi melindungi mereka daripada cuaca sejuk dan banjir, menurut Save the Children dalam satu kenyataan selepas ribut kuat melanda wilayah itu.







