Ong Kian Ming ramal Adly Zahari daripada Amanah mungkin kehilangan kerusi DUN Bukit Katil, yang 68% pengundinya Melayu, kepada calon PAS Ridzuan Sarif.PETALING JAYA: Bekas pemimpin DAP Ong Kian Ming berpandangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari mungkin tewas di kerusi DUN Bukit Katil susulan kempen pilihan raya gabungan itu yang disifatkannya sebagai 'hambar'.

Ong berkata, tempoh berkempen PH dan Barisan Nasional (BN) selama dua minggu tidak mengubah pendiriannya bahawa BN akan mendominasi PRN esok.

Beliau mengkritik manifesto dua muka surat PH yang disifatkannya 'lemah', selain menyelar tindakan Adly yang didakwa 'lebih banyak menyerang kerajaan negeri (sebelum ini) berbanding menggariskan visi meyakinkan tentang kaedah mentadbir Melaka dengan lebih erat bersama sekutu PH'.