KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak pernah meluluskan pendaftaran pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan komuniti Rohingya di negara ini.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad, berkata rekod jabatan menunjukkan 13 pertubuhan berkaitan komuniti itu pernah mengemukakan permohonan untuk didaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), namun semuanya ditolak.

​Beliau berkata, pematuhan terhadap syarat pendaftaran semata-mata tidak secara automatik menjamin kelulusan kerana ia tertakluk kepada penelitian mendalam Pendaftar Pertubuhan.

​"Setiap permohonan pendaftaran pertubuhan yang diterima akan diteliti dan dipertimbang sewajarnya berdasarkan peruntukan Akta 832 serta peraturan yang berkuat kuasa.