Kuala Lumpur: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak pernah meluluskan pendaftaran sebarang pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan komuniti Rohingya di negara ini.

​ Ketua Pengarah JPPM, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad berkata, rekod jabatan menunjukkan sebanyak 13 pertubuhan berkaitan komuniti itu pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), namun kesemuanya ditolak.

​Beliau berkata, pematuhan terhadap syarat pendaftaran semata-mata tidak secara automatik menjamin kelulusan kerana ia tertakluk kepada penelitian mendalam Pendaftar Pertubuhan.

​ "Setiap permohonan pendaftaran pertubuhan yang diterima akan diteliti dan dipertimbangkan sewajarnya berdasarkan peruntukan Akta 832 serta peraturan yang berkuat kuasa.