KUALA LUMPUR: Sikap pemurah dan tidak berkira dalam menghargai insan di sekelilingnya terus menjadi sisi istimewa pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor, Faisal Halim.

Terbaharu, pemain berusia 28 tahun itu menzahirkan penghargaan kepada pekerjanya yang dipanggil 'Abang Ijoi' dengan menghadiahkan sebuah motosikal.

Menerusi hantaran di media sosial miliknya, Faisal menyifatkan Abang Ijoi sebagai insan di sebalik tabir yang rajin serta sentiasa bersedia membantu setiap kali dia dan keluarganya memerlukan khidmatnya.

"Kejutan buat insan di sebalik tabir saya sekeluarga yang paling rajin, Abang Ijoi. Hadiah kecil ini sebagai tanda penghargaan atas segala dedikasi, komitmen dan pengorbanan beliau yang sentiasa bersedia membantu setiap kali saya dan keluarga memerlukan khidmatnya.